..::Who am I::..

My photo
juz call me kasmih or mimie. Kecik2 dulu blajr kat Sek Keb Skim Cocos, SUIS(sek agama). Pastu duk asrama, SBP (semexeldy) Then sekarang study di UPM (Bac. Sains Komputer - Software Engineering).

Tuesday, April 15, 2008

..::Wanita::..



kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan saja dirindui yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk lindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita
berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaaan dr TUHAN
bahkan sebagai hiasan kecantikan

..::Dialog 2 Hantu::..

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

..::Papa & Mama::..

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:"Nenek, mana Papa dan Mama?""Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?""Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:"Di mana Papa dan Mama?""Masih di dalam bilik" jawab nenek.Anak itu tertawa geli."Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.Si anak menjawab,"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

..::Abg aku selalu buat::..

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!" Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".
Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila b*bi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat" selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......". Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" Nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

..::Kambing Hitam & Kambing Putih::..

Ada sebuah cerita menceritakan tentang seorang pengembala kambing...pada suatu hari ada seorang wartawan dari majalah KAMBING ingin men"interview" pengembala kambing ini..bermulalah cerita"~

wartawan : akum pakcik JAMES..!
pakcik JAMES : oh...wa'kum salam..dengan nada selamba dan macho itu~
wartawan : saya nie dari kompeni majalah KAMBING nak interbiew pakcik nie...
pakcik JAMES : yoko?? pasey apo???
wartawan : pasal kambing kambing pakcik lah..
pakcik JAMES : apo apo jolah...boring 2 hari..
wartawan : ha...nie nak tanya ni...kambing kambing nie pak cik bagi makan setiap hari???
pakcik JAMES : yang mana satu??? yang itam ker yang putih..tanya pakcik JAMES ilek aje..
wartawan dengan muka pelik menjawab) aahhh...ahh...yang itam..jawab wartawan..
pakcik JAMES : oh..pakcik bagi makan nasik sojuk jo...dengan selamba menjawab~
wartawan : yang putih??!
pakcik JAMES : SAMA lah ... makan nasik sojuk jugak...
wartawan : oh.. (muka pelik) camne dengan air? minum air baper banyak??!
pakcik JAMES : yang mana satu??yang itam ker yang putih??
wartawan : ahh ahh ahh...yang putih..
pakcik JAMES : oh..dalam 2 gelen air lah jugak...!
wartawan : yang itam??
pakcik JAMES :SAMA lah ... 2 gelen air lah jugak..!!
wartawan : (dah mula hangin) bagaimana dengan berak??
pakcik JAMES : yang mana satu??yang itam ker yang putih??
wartawan : yang PUTIH!!!
pakcik JAMES : yang putih tuu...berak agak banyak lah jugak...
wartawan: yeker?? yang HITAM???
pakcik JAMES : SAMA lah ... agak banyak lah jugak...
wartawan : (dah bengang) abih tuh!!! aper yang dibeza beza kan...saya tanya kambing itam dengan putih sama jer...aper perbezaan nyer yang SEBENARNYER!!!!
pakcik JAMES : ohh....apolah kau nie...kambing itam tu sebenarnye pakcik yang punyer..!!!~~~
wartawan muka paham sambil tersenyum) oh...ohhh..bistu kambing putih saper yang punyer??
pakcik JAMES dengan selamba) SAMA lah jugak .....pakcik punyer jugak..
wartawan : (berlari lari anak sambil menjerit dan menangis nangis!! )

..::Mari Belajar Bahasa Cocos::..


  1. Gua - Saya

  2. Lu - Awak

  3. Kampret - Kelawar

  4. Bolsak - Tilam

  5. Patidor - Katil

  6. Kuping - Telinga

  7. Kedong - Dahi

  8. Lembon - Lambat "Yang lembon la sdh buat kerja..."

  9. Capek - Penat, letih "Capek gua lari..."

  10. Bajing - Tupai

  11. Melendot- Berkepit "Melendot sak ma bininya..."

  12. Paman - Pak cik

  13. Bibik - Mak cik

  14. Lodoh - Lembik "Lodoh dah tu kates, terlampau masak dh.."

  15. Gampang - Senang "Apa lu kira gampang mo kasi siap ni kerja..."

  16. Mengot - Miring, kedudukan tak betul "Kasi bagus tu, mengot tu meja.."

  17. Belek - Basah

  18. Kates - Betik

  19. Kecipir - Kacang botol

  20. Ketimun - Timun

  21. Blek - Tin

  22. Waja - Kuali

  23. Talam - Dulang

  24. Alis - Kening

  25. Bebek - Itik

  26. Emper - Beranda

  27. Kaos - Stokin

  28. Blangkit - Selimut

  29. Ketel - Cerek

  30. Seperay - Cadar

  31. Kerangkeng - Almari makanan

  32. Sungi - Sungai

  33. Cemeh - Buta "Apa cemeh lu..."

  34. Diak - Lihat "Cok lu diak tu kereta..."

  35. Ledes, meneng - Melecet "Ledes tumit gua pakek ni kasut..."

  36. Kelapa gangkul - Kelapa yang separuh masak

  37. Meritam - Buah pulasan

  38. Kepian - Pakaian "Cucikan la ni kepian..."

  39. Kepulasan - Tidur nyenyak "Gua tak dengar dorang becara, kepulasan dh gua..."

  40. Bantaan - Degil "Bantaan bh ni anak..."

  41. Tambang - Nakal "Yang tambang la sdh bh ni anak..."

  42. Justak - Tipu "Kenak justak sak dorang tu.."

  43. Ngaco - Sembarang "Ngaco ya...."

  44. Rengkot - Tua "Dah rengkot tu nenek..."

  45. Becara - Bercakap "Apa lu tak capek becara sak.."

  46. Pakek - Pakai "Pakekkan la ni rantai..."

  47. Kenes - Comel "Kenes anak lu.."

  48. Jerak - Serik "Tak bisa jerak bawa motor laju2.."

Cukup dulu utk ari ni, nnti kita belajar lg ya, gua ada kerja mo d buat...Adios....

..::TeNtAnG KuNaK::..

Sejarah Daerah
Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn. Pada asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company. Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak. Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V. Kunak.


Profil Daerah
Geografi dan lokasi

Daerah Kunak meliputi kawasan 438 batu persegi atau 1134km. Daerah Kunak terletak di sebelah Tenggara Pantai Timur Negeri Sabah. Ia bersempadan dengan Tawau di Selatan, Daerah Lahad Datu di Utara, dan Semporna di Timur. Kedudukan daerah ini ialah di antara Garis Lintang 4.41 darjah utara serta Garis Bujur 118.15 darjah Timur. Jarah jauh dari Tawau ialah 88km, Semporna 90km, Lahad Datu 78km dan Kota Kinabalu 500 km.
Penduduk dan suku kaum Jumlah penduduk Daerah Kunak ialah 44,000 orang (Banci 2000). Suku kaum utama di daerah ini adalah kaum Bumiputera keturunan Bajau dan Suluk dan kaum-kaum lain adalah Cocos, Bugis, Kadazan dan Cina. Adalah dianggarkan lebih 95 peratus penduduk di daerah ini adalah Bumiputera beragama Islam.


Ekonomi
Pada asasnya Daerah Kunak merupakan daerah pertanian. Dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah adalah sesuai untuk pertanian. Tanaman utama di aderah ini ialah kelapa sawit, koko, getah dan kelapa. Di samping pertanian, Daerah Kunak juga terkenal dengan perusahaan perikanan. Daerah Kunak menghasilkan purata 25,000 metrik tan hasil-hasil laut setahun. Pembalakan juga merupakan salah satu aktiviti penting pada masa dahulu tetapi sektor ini tidak lagi aktif masa ini.

More about Kunak : http://www.geocities.com/pdkunak/