..::Who am I::..

My photo
juz call me kasmih or mimie. Kecik2 dulu blajr kat Sek Keb Skim Cocos, SUIS(sek agama). Pastu duk asrama, SBP (semexeldy) Then sekarang study di UPM (Bac. Sains Komputer - Software Engineering).

Tuesday, April 15, 2008

..::TeNtAnG KuNaK::..

Sejarah Daerah
Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn. Pada asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company. Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak. Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V. Kunak.


Profil Daerah
Geografi dan lokasi

Daerah Kunak meliputi kawasan 438 batu persegi atau 1134km. Daerah Kunak terletak di sebelah Tenggara Pantai Timur Negeri Sabah. Ia bersempadan dengan Tawau di Selatan, Daerah Lahad Datu di Utara, dan Semporna di Timur. Kedudukan daerah ini ialah di antara Garis Lintang 4.41 darjah utara serta Garis Bujur 118.15 darjah Timur. Jarah jauh dari Tawau ialah 88km, Semporna 90km, Lahad Datu 78km dan Kota Kinabalu 500 km.
Penduduk dan suku kaum Jumlah penduduk Daerah Kunak ialah 44,000 orang (Banci 2000). Suku kaum utama di daerah ini adalah kaum Bumiputera keturunan Bajau dan Suluk dan kaum-kaum lain adalah Cocos, Bugis, Kadazan dan Cina. Adalah dianggarkan lebih 95 peratus penduduk di daerah ini adalah Bumiputera beragama Islam.


Ekonomi
Pada asasnya Daerah Kunak merupakan daerah pertanian. Dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah adalah sesuai untuk pertanian. Tanaman utama di aderah ini ialah kelapa sawit, koko, getah dan kelapa. Di samping pertanian, Daerah Kunak juga terkenal dengan perusahaan perikanan. Daerah Kunak menghasilkan purata 25,000 metrik tan hasil-hasil laut setahun. Pembalakan juga merupakan salah satu aktiviti penting pada masa dahulu tetapi sektor ini tidak lagi aktif masa ini.

More about Kunak : http://www.geocities.com/pdkunak/

No comments: