..::Who am I::..

My photo
juz call me kasmih or mimie. Kecik2 dulu blajr kat Sek Keb Skim Cocos, SUIS(sek agama). Pastu duk asrama, SBP (semexeldy) Then sekarang study di UPM (Bac. Sains Komputer - Software Engineering).

Friday, March 28, 2008

Tarian Dansa org Cocos



Masyarakat Melayu Cocos merupakan satu kumpulan etnik minoriti yang tinggal di beberapa lokasi di Sabah. Antara lokasi penempatan mereka ialah di Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan paling ramai di Tawau, Sabah. Masyarakat Cocos pada asalnya menetap di Kepulauan Cocos atau juga dikenali sebagai kepulauan Keeling yang kini merupakan sebahagian daripada Australia. Mereka juga telah mendapat status bumiputra oleh kerajaan persekutuan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.

Kedatangan Masyarakat Melayu Cocos ke Sabah turut membawa bersama keunikan gandingan budaya Scotland dan Melayu dalam tarian Dansa. Dansa amat popular di kalangan Masyarakat Cocos. “Dansa” berasal daripada perkataan “dance” (menari) dalam bahasa Inggeris. Sejarah timbulnya tarian dansa ini bermula sebaik sahaja orang-orang dari Kepualaun Jawa dan juga orang-orang serantau Asia yang telah dibawa ke Kepulauan Cocos telah diperkenalkan tarian-tarian orang Inggeris dan Scottish dan telah diubahsuai mengikut keadaan semasa.

Dansa dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan disamping dapat merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat.

2 comments:

Anonymous said...

lu tau 2 ari mik, yg kita wat program anak angkat d skim, kita menarek ne tarian dansa la...rosak..rosak...kita kasi... org buat bulatn, kita buat, org angkat2 kaki, kita pn ikut jak...haha...lucu gilak ne.... nnt gua share ma lu 2 tarian2 yg rosak...uhuhu,,,,1st tym bah mik, b'dansa....hakhak

Norkasmih bt Batli said...

ok la tu...ada usaha mo mencuba...sapa yg cdgkn buat d skim tu progrm? itu bru dansa, blm selong...lu tau gmana tarian selong? bljr....huhuhuhu....