..::Who am I::..

My photo
juz call me kasmih or mimie. Kecik2 dulu blajr kat Sek Keb Skim Cocos, SUIS(sek agama). Pastu duk asrama, SBP (semexeldy) Then sekarang study di UPM (Bac. Sains Komputer - Software Engineering).

Tuesday, April 15, 2008

..::Wanita::..



kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan saja dirindui yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk lindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita
berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaaan dr TUHAN
bahkan sebagai hiasan kecantikan

..::Dialog 2 Hantu::..

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

..::Papa & Mama::..

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:"Nenek, mana Papa dan Mama?""Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?""Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:"Di mana Papa dan Mama?""Masih di dalam bilik" jawab nenek.Anak itu tertawa geli."Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.Si anak menjawab,"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

..::Abg aku selalu buat::..

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!" Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".
Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila b*bi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat" selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......". Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" Nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

..::Kambing Hitam & Kambing Putih::..

Ada sebuah cerita menceritakan tentang seorang pengembala kambing...pada suatu hari ada seorang wartawan dari majalah KAMBING ingin men"interview" pengembala kambing ini..bermulalah cerita"~

wartawan : akum pakcik JAMES..!
pakcik JAMES : oh...wa'kum salam..dengan nada selamba dan macho itu~
wartawan : saya nie dari kompeni majalah KAMBING nak interbiew pakcik nie...
pakcik JAMES : yoko?? pasey apo???
wartawan : pasal kambing kambing pakcik lah..
pakcik JAMES : apo apo jolah...boring 2 hari..
wartawan : ha...nie nak tanya ni...kambing kambing nie pak cik bagi makan setiap hari???
pakcik JAMES : yang mana satu??? yang itam ker yang putih..tanya pakcik JAMES ilek aje..
wartawan dengan muka pelik menjawab) aahhh...ahh...yang itam..jawab wartawan..
pakcik JAMES : oh..pakcik bagi makan nasik sojuk jo...dengan selamba menjawab~
wartawan : yang putih??!
pakcik JAMES : SAMA lah ... makan nasik sojuk jugak...
wartawan : oh.. (muka pelik) camne dengan air? minum air baper banyak??!
pakcik JAMES : yang mana satu??yang itam ker yang putih??
wartawan : ahh ahh ahh...yang putih..
pakcik JAMES : oh..dalam 2 gelen air lah jugak...!
wartawan : yang itam??
pakcik JAMES :SAMA lah ... 2 gelen air lah jugak..!!
wartawan : (dah mula hangin) bagaimana dengan berak??
pakcik JAMES : yang mana satu??yang itam ker yang putih??
wartawan : yang PUTIH!!!
pakcik JAMES : yang putih tuu...berak agak banyak lah jugak...
wartawan: yeker?? yang HITAM???
pakcik JAMES : SAMA lah ... agak banyak lah jugak...
wartawan : (dah bengang) abih tuh!!! aper yang dibeza beza kan...saya tanya kambing itam dengan putih sama jer...aper perbezaan nyer yang SEBENARNYER!!!!
pakcik JAMES : ohh....apolah kau nie...kambing itam tu sebenarnye pakcik yang punyer..!!!~~~
wartawan muka paham sambil tersenyum) oh...ohhh..bistu kambing putih saper yang punyer??
pakcik JAMES dengan selamba) SAMA lah jugak .....pakcik punyer jugak..
wartawan : (berlari lari anak sambil menjerit dan menangis nangis!! )

..::Mari Belajar Bahasa Cocos::..


  1. Gua - Saya

  2. Lu - Awak

  3. Kampret - Kelawar

  4. Bolsak - Tilam

  5. Patidor - Katil

  6. Kuping - Telinga

  7. Kedong - Dahi

  8. Lembon - Lambat "Yang lembon la sdh buat kerja..."

  9. Capek - Penat, letih "Capek gua lari..."

  10. Bajing - Tupai

  11. Melendot- Berkepit "Melendot sak ma bininya..."

  12. Paman - Pak cik

  13. Bibik - Mak cik

  14. Lodoh - Lembik "Lodoh dah tu kates, terlampau masak dh.."

  15. Gampang - Senang "Apa lu kira gampang mo kasi siap ni kerja..."

  16. Mengot - Miring, kedudukan tak betul "Kasi bagus tu, mengot tu meja.."

  17. Belek - Basah

  18. Kates - Betik

  19. Kecipir - Kacang botol

  20. Ketimun - Timun

  21. Blek - Tin

  22. Waja - Kuali

  23. Talam - Dulang

  24. Alis - Kening

  25. Bebek - Itik

  26. Emper - Beranda

  27. Kaos - Stokin

  28. Blangkit - Selimut

  29. Ketel - Cerek

  30. Seperay - Cadar

  31. Kerangkeng - Almari makanan

  32. Sungi - Sungai

  33. Cemeh - Buta "Apa cemeh lu..."

  34. Diak - Lihat "Cok lu diak tu kereta..."

  35. Ledes, meneng - Melecet "Ledes tumit gua pakek ni kasut..."

  36. Kelapa gangkul - Kelapa yang separuh masak

  37. Meritam - Buah pulasan

  38. Kepian - Pakaian "Cucikan la ni kepian..."

  39. Kepulasan - Tidur nyenyak "Gua tak dengar dorang becara, kepulasan dh gua..."

  40. Bantaan - Degil "Bantaan bh ni anak..."

  41. Tambang - Nakal "Yang tambang la sdh bh ni anak..."

  42. Justak - Tipu "Kenak justak sak dorang tu.."

  43. Ngaco - Sembarang "Ngaco ya...."

  44. Rengkot - Tua "Dah rengkot tu nenek..."

  45. Becara - Bercakap "Apa lu tak capek becara sak.."

  46. Pakek - Pakai "Pakekkan la ni rantai..."

  47. Kenes - Comel "Kenes anak lu.."

  48. Jerak - Serik "Tak bisa jerak bawa motor laju2.."

Cukup dulu utk ari ni, nnti kita belajar lg ya, gua ada kerja mo d buat...Adios....

..::TeNtAnG KuNaK::..

Sejarah Daerah
Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn. Pada asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company. Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak. Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V. Kunak.


Profil Daerah
Geografi dan lokasi

Daerah Kunak meliputi kawasan 438 batu persegi atau 1134km. Daerah Kunak terletak di sebelah Tenggara Pantai Timur Negeri Sabah. Ia bersempadan dengan Tawau di Selatan, Daerah Lahad Datu di Utara, dan Semporna di Timur. Kedudukan daerah ini ialah di antara Garis Lintang 4.41 darjah utara serta Garis Bujur 118.15 darjah Timur. Jarah jauh dari Tawau ialah 88km, Semporna 90km, Lahad Datu 78km dan Kota Kinabalu 500 km.
Penduduk dan suku kaum Jumlah penduduk Daerah Kunak ialah 44,000 orang (Banci 2000). Suku kaum utama di daerah ini adalah kaum Bumiputera keturunan Bajau dan Suluk dan kaum-kaum lain adalah Cocos, Bugis, Kadazan dan Cina. Adalah dianggarkan lebih 95 peratus penduduk di daerah ini adalah Bumiputera beragama Islam.


Ekonomi
Pada asasnya Daerah Kunak merupakan daerah pertanian. Dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah adalah sesuai untuk pertanian. Tanaman utama di aderah ini ialah kelapa sawit, koko, getah dan kelapa. Di samping pertanian, Daerah Kunak juga terkenal dengan perusahaan perikanan. Daerah Kunak menghasilkan purata 25,000 metrik tan hasil-hasil laut setahun. Pembalakan juga merupakan salah satu aktiviti penting pada masa dahulu tetapi sektor ini tidak lagi aktif masa ini.

More about Kunak : http://www.geocities.com/pdkunak/

Sunday, April 6, 2008

Kepulauan Cocos (Keeling) - versi Melayu

Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling), juga dipanggil Kepulauan Cocos dan Kepulauan Keeling. Pulau ini merupakan sebahagian daripada wilayah Australia. Kepulauan ini yang terletak kira -kira di tengah antara Australia dan Sri Lanka di Lautan Hindi, terdiri daripada dua buah atol dan 27 buah pulau batu karang. Koordinatnya ialah 12° 30′00″S, 96° 50′00″T.

Sejarah

Kapten William Keeling merupakan orang Eropah pertama melihat kepulauan ini, pada tahun 1609, tetapi kepulauan tidak diduduki hingga abad ke-19, apabila ia menjadi milik keluarga Clunies-Ross. Hamba-hamba dibawa kerja ke kebun kelapa dari Indonesia, Tanjung Harapan dan Asia Timur oleh Alexander Hare, yang telah mengambil bahagian ambilan tempat Pulau Jawa Stamford Raffles pada tahun 1811. Seorang pedagang bernama Kapten John Clunies-Ross, yang juga berkhidmat bawah Raffles dalam ambilan tempat itu, mendirikan sebuah perkarangan dan hamba-hamba Hare yang dilayan dengan kejam kemudian melarikan diri untuk bekerja dengan layanan yang lebih baik di perkarangan Clunies-Ross.

Pada 1 April 1836 HMS Beagle di bawah pemerintahan Kapten Robert FitzRoy tiba untuk menubuhkan profil atol. Kepada naturalist muda Charles Darwin yang berada di kapal dan mengumpul spesimen. Pembantunya Syms Covington mencatatkan bahawa "seorang lelaki Inggeris dan keluarganya, dengan sekurang-kurangnya enam puluh atau tujuh puluh Mulatto dari Tanjung Harapan, tinggal di salah satu kepulauan ini. Kapten Ross, gabenornya, sekarang tidak hadir di Tanjung."

Kepulauan ini berada di bawah Empayar British pada tahun 1857. Pada tahun 1867, pentadbirannya di letak bawah Negeri-negeri Selat, yang kemudian dikenali sebagai Singapura. Ratu Victoria memberi kepulauan tersebut selama-lamanya kepada Keluarga Clunies-Ross pada tahun 1886. Kepulauan Cocos di bawah keluarga Clunies-Ross telah dikatakan sebagai contoh negara mikro abad ke-19.

Pada November 9, 1914, kepulauan ini menjadi tapak Peperangan Cocos, salah satu kapal perang Perang Dunia I. Stesen telegraf di Direction Island telah diserang oleh penjajap ringan Jerman, SMS Emden, yang kemudiannya dimusnahkan beberapa jam kemudian oleh penjajah Australia, HMAS Sydney.

Selepas Kejatuhan Singapura pada tahun 1942 semasa Perang Dunia II, kepulauan ini ditadbirkan oleh Ceylon (Sri Lanka), manakala Pulau Barat dan Pulau Direction diletakkan di bawah pentadbiran tentera Pihak Berikat. Pada malam 8/9 Mei 1942, askar Garison Meriam Ceylon di Pulau Horsburgh memberontak. Dahagi Kepulauan Cocos itu dihancurkan, dan salah tiga orang pemberontak merupakan askar Komanwel British yang tunggal yang dihukum mati kerana dahagi semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1946, pentadbiran kepulauan ini dikembalikan ke Singapura.

Pada November 23, 1955 kepulauan ini dipindahkan ke bawah kawalan Australia di bawah Akta Kepulauan Cocos (Keeling) 1955. Pada tahun 1978, Australia memasuki borang bayaran kepulauan ini dengan keluarga Clunies-Ross.

Thursday, April 3, 2008

MAJLIS PERASMIAN KILANG PHN INDUSTRY SDN. BHD.

sepa ni???? mcm bos...khakhakha...
pekerja2 phn tgh menular...lapor sama leader ni nnti...potong gaji!!
ini aku kenal, c maijimbu, jn mrh ya...Ini la mesin yg digunakn utk pemasangan komponen kereta keluaran proton.
sapa ni ya, ndk jelas bh.. len kali amik bgus2 gmba tu.. division berapa ni?
Photographer : Kadir b Bacho

Oleh : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat:KAWASAN PERINDUSTRIAN, SHAH ALAM
Tarikh :26/01/93
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PHN Industry Sdn. Bhd. kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan pembukaan kilang barunya pada pagi ini.

Saya berbangga kerana satu lagi projek usahasama di antara pelabur-pelabur Malaysia dengan Jepun dalam bidang industri otomobil di Malaysia telah dapat ditubuhkan.Sekiranya kita berpandukan kepada pengalaman dan kejayaan projek-projek usahasama di antara pelabur-pelabur Malaysia dengan Jepun yang lain, kita yakin bahawa PHN Industry juga akan turut berjaya.

Pada keseluruhannya industri otomotif di negara ini telah berjaya membuat sumbangan yang besar kepada proses perindustrian dan pembangunan ekonomi. Pada peringkat awalnya, iaitu di peringkat pemasangan kenderaan, industri ini telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.

Proses pemindahan teknologi ini tidak statik tetapi berterusan. Secara perlahan-lahan tetapi pasti, teknologi sedang dipindahkan ke negara kita melalui projek-projek usahasama dengan negara-negara maju. Kejayaan pemindahan teknologi ini banyak bergantung kepada kesungguhan, kemampuan dan komitmen individu-individu yang terlibat secara langsung dengan teknologi berkenaan. Individu- individu ini perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi di dalam bidang masing-masing dan sentiasa memberi tumpuan terhadap teknologi yang lebih tinggi dan terkini.Di samping itu, setelah menguasai sesuatu teknologi, penerima harus berani meningkat dan membuat inovasi sendiri.Tidak ada hanya satu cara sahaja untuk membuat sesuatu barang. Pasti ada berbagai-bagai cara, sama ada ortodoks atau tidak, untuk membuat sesuatu. Mereka yang terkongkong dengan hanya cara yang biasa sahaja tidak akan maju dan akan selalu bergantung kepada pihak lain untuk teknologi.Teknologi yang dibeli memang lebih mahal daripada teknologi ciptaan sendiri.

Masa depan sektor pengilangan negara kita sememangnya cerah. Tetapi yang menjadi isu penting untuk memastikan ia terlaksana ialah pemindahan teknologi yang mempunyai nilai- tambah yang lebih tinggi supaya kita boleh memberi tumpuan kepada operasi pengilangan produk yang menyeluruh.

Justeru itu, langkah yang wajib ke arah pencapaian matlamat ini ialah dengan memberi penekanan terhadap pelaksanaan usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan atau R & D di dalam negeri. Pada masa ini, usaha-usaha R & D di dalam bidang pengilangan masih terlalu kecil, misalnya jika dibandingkan dengan sektor pertanian. Sebagai contoh, 93 peratus daripada peruntukan yang telah digunakan untuk R & D, telah dianjurkan oleh sektor awam, dan daripada jumlah itu tiga perempat adalah untuk usaha-usaha R & D yang berasaskan pertanian atau 'agro-based'.

Jika dibandingkan dengan United Kingdom, kita dapati bahawa hanya 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan R & D di negara itu dibiayai oleh sektor awam. Sembilan puluh enam peratus daripada usaha-usaha R & D mereka pula dikendalikan oleh sektor pengilangan. Kita sedar bahawa terdapat beberapa halangan di dalam usaha-usaha R & D di negara kita.

Namun halangan-halangan ini hendaklah dijadikan pencabar dan bukan alasan. Semua pihak yang terlibat dengan R & D, terutamanya sektor swasta, hendaklah memastikan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti mempertingkatkan lagi R & D di dalam bidang masing-masing.Saya berharap agar rakan-rakan usahasama di dalam projek- projek kita akan terus memberikan sokongan dan kerjasama ke arah usaha ini. Dalam masa yang sama rakyat Malaysia sendiri mestilah menyiapkan diri untuk menyambut cabaran ini, dan kita yakin rakyat Malaysia mempunyai kemampuan. Di samping itu, struktur untuk menyokong aktiviti-aktiviti R & D di sektor pengilangan swasta juga perlu diperkukuhkan.

Rakyat Malaysia juga perlu peka dan sentiasa mengikuti perkembangan amalan-amalan di kalangan pengusaha-pengusaha industri. Misalnya, tenaga kerja kini kian kompetitif.Yang menjadi rebutan ialah tenaga kerja yang mempunyai berbagai-bagai kemahiran. Pengusaha-pengusaha industri kini sibuk memperkatakan soal TQC, pengaliran maklumat dua hala, dan penekanan terhadap konsep pengurusan yang berorientasikan kumpulan. Segala-gala konsep ini mendorong pembentukan tenaga kerja yang berkualiti tinggi.Kesimpulannya, kita mesti mewujudkan golongan tenaga kerja yang berkualiti. Kita mahu hakikat ini menjadi daya penarik kepada para pelabur dan bukan tenaga kerja yang murah.

Kebelakangan ini, jumlah pelaburan oleh pelabur-pelabur tempatan dan asing telah banyak meningkat. Namun ia belum memadai untuk mencapai pertumbuhan seperti yang dirancangkan di dalam Rancangan Perindustrian Malaysia. Kita perlu memesatkan lagi langkah-langkah ke arah meningkatkan pelaburan di dalam sektor pengilangan.

Pada hari ini pula, industri ini telah berkembang maju dan di dalam proses tersebut telah juga merintis dan menggalakkan pertumbuhan industri komponen-komponen atau peralatan kereta, bukan sahaja untuk kegunaan atau permintaan pasaran alat ganti tetapi juga lebih penting, industri ini telah dapat mempertingkatkan kadar kegunaan komponen-komponen atau alat-alatan keluaran tempatan di dalam kenderaan-kenderaan yang dipasang di negara kita.

Pada tahun 1982, Kerajaan telah mengambil langkah yang kontroversial untuk membangunkan industri kenderaan bermotor secara integrasi dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (PROTON) dan melancarkan projek Kereta Kebangsaan. Harapan Kerajaan ialah kereta kebangsaan akan menjadi 'catalyst' bagi industri komponen dan kejuruteraan di Malaysia. Strategi ini, sedikit demi sedikit telah berjaya meningkatkan secara sistematik dan tersusun pengeluaran komponen yang semakin canggih, persis, bermutu tinggi, kemahiran daripada segi teknologi dan kejuruteraan tempatan khusus untuk bidang kenderaan bermotor.

Memandangkan bahawa pasaran dalam negeri kita adalah terhad, Kerajaan berharap industri komponen-komponen serta peralatan kereta akan dapat bersaing di dalam pasaran antarabangsa. Pengeluar-pengeluar komponen tempatan juga boleh mengambil peluang untuk memasuki pasaran ASEAN menerusi usahasama Skim Perindustrian ASEAN atau 'ASEAN In- dustrial Join-Venture (AIJV) Scheme' serta Skim Komplementasi 'Brand-to-Brand' di dalam industri otomotif. Akhir-akhir ini, Kerajaan bersama-sama dengan Kerajaan- Kerajaan ASEAN yang lain sedang melaksanakan skim 'Common Effective Preferential Tariff' (CEPT) dan menerusi skim ini, kita berharap akan wujud pasaran bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) yang dapat memberi galakan berterusan kepada industri komponen otomotif.

Setakat ini, terdapat lebih daripada 200 syarikat pengeluar komponen otomotif dan lebih daripada 70 daripada mereka khusus mengeluarkan barangan untuk pasaran asal pengeluar-pengeluar kenderaan atau 'original equipment mar- ket'. Dengan adanya dasar skim kandungan tempatan untuk kenderaan penumpang dan komersil yang dipasang di negeri kita berharap dapat membantu mengembangkan lagi pasaran terhadap komponen-komponen tersebut.

Berdasarkan kepada angka-angka pengimportan komponen serta peralatan kereta, terdapat ruang yang luas bagi mempertingkatkan pengeluaran komponen serta alatan kritikal di dalam industri kenderaan bermotor. Di dalam tempoh Januari hingga November 1992, import komponen dan peralatan berjumlah RM2.1 billion. Komponen-komponen tersebut mungkin boleh dikeluarkan bagi dibekalkan kepada Proton atau kereta yang lain atau pun mungkin dieksport. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah mewartakan pengeluaran komponen serta peralatan kenderaan sebagai satu aktiviti yang digalakkan dan dengan itu adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian galakan cukai seperti Taraf Perintis atau galakan Elaun Cukai Pelaburan.

Kerajaan memang menggalakkan pelaburan di dalam industri ini daripada sumber tempatan atau luar negeri.Kita berpendapat bahawa usahasama di dalam bidang ini akan mempertingkatkan lagi kadar pertumbuhan dan penggunaan teknologi serta dapat menyediakan peluang pasaran antarabangsa menerusi 'marketing network' yang sedia ada oleh pengeluar-pengeluar luar negeri tersebut.

Kerajaan menggalakkan projek usahasama dengan pihak- pihak asing di dalam bidang-bidang berikut:-
- pengeluaran komponen kritikal seperti enjin dan peralatan transmisi;
- pengeluaran barangan separuh siap (intermediate materials) seperti barang tuangan untuk enjin dan transmisi (raw castings for engine and trans- mission), peralatan penempaan (forged parts) serta komponen-komponen kecil yang digunakan dalam pemasangan komponen-komponen besar atau yang utama;
- pengeluaran bagi tujuan mengeksport komponen- komponen tersebut untuk pasaran antarabangsa;
- penubuhan industri khidmat sokongan kejuruteraan seperti membuat acuan dan perkakas (tool/mould and die making).

Justeru itu, Kerajaan mengalu-alukan penubuhan usahasama oleh PHN Industry Sdn. Bhd. yang bergiat di dalam bidang pengeluaran pengecapan komponen otomotif (automotive metal-stamped components). Sebagai sebahagian daripada Pro- gram Pembangunan Pembekal kepada Proton, syarikat ini telah diberi peluang untuk menyertai serta mendapat pengalaman dalam mengeluarkan komponen otomotif persis. Adalah diharapkan PHN Industry Sdn. Bhd. akan dapat membekalkan sepenuhnya keperluan pengecapan alatan otomotif untuk Proton supaya PROTON menggunakan kapasiti dan sumber yang sedia ada untuk digemblengkan kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran yang lain.

Saya difahamkan bahawa PHN Industry Sdn. Bhd. bukan sahaja akan menjadi pengeluar utama 'metal stamped parts' untuk industri kenderaan bermotor, tetapi juga untuk membekalkan keluarannya kepada industri elektrik dan elektronik. Umpamanya, terdapat peluang untuk memperkembangkan aktiviti atau pengeluaran 'metal stamped parts' bagi mengeluarkan panel-panel untuk peti sejuk serta mesin basuh.

Adalah diharapkan PHN Industry Sdn. Bhd. tidak hanya melibatkan diri sebagai pembekal peralatan asal (original equipment supplier) untuk Proton sahaja malahan diharap dapat juga mengkaji untuk membekalkan pasaran alat ganti, terutama bagi komponen-komponen kenderaan.

Adalah diharapkan bahawa PHN Industry Sdn. Bhd. akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan industri acuan dan perkakas (mould and die industry) tempatan dengan mengeluarkan barangan tersebut di negara ini. Ini juga akan dapat mempertingkatkan lagi hubungan atau linkages di antara pembekal-pembekal komponen dengan industri pemasangan kereta dan dengan ini akan dapat mempertingkatkan mutu serta kemampuan industri sokongan kejuruteraan di negara kita.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan kilang baru PHN Industry Sdn. Bhd.
psssstt...hehehe.... : En Rashid - MGM2111 - PROTON - someone

Saturday, March 29, 2008

Bercuti di Pulo Pangkor

Aku slh seorg budk yg ambek course MGM2111, apa binatang tu? Clz management bh... Cg Rashid yg ajar (En Rashid). Best giler lect tu, siap bw p p.pangkor...Konon2 buat asgmnt... Tp mmg pun buat asgmnt, cumanya aku rs lagik byk enjoy...huhuhu....Ok jgk bh buat asgmt d luar ni. Budk yg aku ndk pena nmpk d clz, tiba2 jak ada time pigi pulo pangkor. Ketara la bh mls pigi clz...huhuhuhu......Bukn mo mngata la, tp kenyataan bh...Aku pena jgk la ndk dtg clz, suh kwn tndakn, tp ndk la bh slalu.
B4 pigi pulo pangkor ni, mesti la bh ada perancgn bh, kira gampang mo rncg2 aktvt...Sbnrnya, progrm ni mo buat hujung buln 2, pastu ada lgik rancg mo buat time mggu PRU, last2 buat hujung bln 3 (20-23 mac).
20/3 tu group asgmnt gerak p p.pangkor. B4 tu, mmg dh awl2 dibhagikn kpd group, ada la lbh kureng 10-11 org gtu la setiap. Bh, apa lagik...dlm group tu la masa nk berkenal2...Padahal selama ni d clz ndk la bh mo kenal2 budk2 yg ambek course ni, teda masa bh...huhuhu.... Group aku ada budk k15, k10 & mesti la bh KC, (kecik tu aku xpasti kolej mana, k13 mgkali).
Aku, Fad, Mazwin, Leen, Aziana (mak, huhuhu.....), Ira, Kecik, Ma'ie(ndk tau btul ka aku eja ni), faris, pa-an n wan. Ni la dia group yg plg bahagia...khakhakha....d mana2 jak take picture, ndk kira tmpt bh...Bis la camera c pa-an, abis kodak oleh aku kerjakn...khakhakha....Ndk tau berapa gig kamera dia tu, pastu mcm ndk pandai bis btri plk...

Gamba ni d ambil sblm gerak p p.pangkor. Bkumpul d kafe FEP. Tapi b4 gerak sempat lgik bh bincg pasal lakonan (tu la asgmnt kmi...:) hehehe...)

Tekun discus psl asgmnt. Muka pn nmpk jitu jak bh...hahahaha....

Pemandu bas pecut, tu la smpi awl sgt d jeti. Kasihan bh kami, merempat d tepi2 kedai ni...huahuahua.....

Ndk tau mo buat apa, maka kami pun round2 tmpt yg blh di round, (sbnrnya menahan perut, mo cari jamban). Aku dgn ndk malunya p pinjm kamera c pa-an...hahaha...

Ni d maple (pehe dok...), sorg jak pesan air, yg lain mo guna toilet jak...Jahak bena..

Cover album...huhuhu.... Suma muka lega jak, dh jmpa toilet..kahkhakha..

Kosmo : Jual dadah. (Kecik ni kcu la, npa jgk buat muka gmbira, ndk jd la antar p kosmo).

Kosmo : Brjudi tepi jln. (yg ni ok, ndk da org buat spoile)

akhirnya...... dlm feri dh....

dlm bot...pusing2 pulau.... seronok giler....abg yg bwk bot tu buat aksi mcm merempit d jln raya....hahahaha....

I like this picture. Ada something, aku terkenang sesuatu...

Pisang d laut..Ni la banana boat..

1st time aku tgk org berkayak atas pasir...Ramai lgik tu... Abis la karam...

Ini la En Rashid. Kenes duduk d dahan pokok tu...

I like this pict also...

D jeti ni, mo balik sdh...Bye2 pangkor...Mmmmuahhhh...

Abih la pa-an ktorg kerjakn...Andre baje mu...Huhuhu... Pa-an d timbus dgn pasir...

Uik, muka mcm mo berak jak tu...Sedia, 1, 2,3..........Lompat!!

Xlarat deh gua mo upload semua gambr d pulo pangkor....400 + 200, lbh kureng cm tu la gmbr d pangkor. Ni la pcutian plg best!! Ndk blh aku lupa kenangan plg manis aku d upm ni... Group 2 r da best!!

P/S : Member2 group 2, ingat kenangan kita ni. Dh graduate, harap2 ndk la bh di lupakan member2 group 2 ni...:)

Friday, March 28, 2008

Fuuhhhh....

Capek jgk ya buat blog ni.... Mo tmbh tu, tmbh ni, mcm2 la...
Tp, seronok jgk...huhuhu.... Gua harap para pengunjung blog gua ni blh bg comment yg membina... Mn la tau kn ada yg jelek d pndg, org baru bljr bh... Apa kira gampang mo buat suma ni, mo carik jgk maklumat mo tmbh2 dlm blog ni... Besok gua mo p bercuti, balik rumah... Tu la hr ni berabis buat blog ni... Org baru kn, mengkali kalok dh lama2 ndk sdh d update blog ni, hehehe.... Harap2 ndk la bh begitu.... Oleh krn gua dh capek, maka dgn itu aku menamatkn aktvt aku ni pd pukul 6.15 ptg... Chaw dulu...

Tarian Dansa org Cocos



Masyarakat Melayu Cocos merupakan satu kumpulan etnik minoriti yang tinggal di beberapa lokasi di Sabah. Antara lokasi penempatan mereka ialah di Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan paling ramai di Tawau, Sabah. Masyarakat Cocos pada asalnya menetap di Kepulauan Cocos atau juga dikenali sebagai kepulauan Keeling yang kini merupakan sebahagian daripada Australia. Mereka juga telah mendapat status bumiputra oleh kerajaan persekutuan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.

Kedatangan Masyarakat Melayu Cocos ke Sabah turut membawa bersama keunikan gandingan budaya Scotland dan Melayu dalam tarian Dansa. Dansa amat popular di kalangan Masyarakat Cocos. “Dansa” berasal daripada perkataan “dance” (menari) dalam bahasa Inggeris. Sejarah timbulnya tarian dansa ini bermula sebaik sahaja orang-orang dari Kepualaun Jawa dan juga orang-orang serantau Asia yang telah dibawa ke Kepulauan Cocos telah diperkenalkan tarian-tarian orang Inggeris dan Scottish dan telah diubahsuai mengikut keadaan semasa.

Dansa dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan disamping dapat merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat.

Baiti Jannati - Ustaz Zahazan Mohamed



Kehidupan keluarga ini banyak dirakamkan melalui foto yang dirakamkan sendiri. Setiap detik atau momen indah diabadikan untuk tatapan bersama. Inilah pendekatan yang digunakan keluarga ini dalam melayari kehidupan seharian mereka. Kemesraan jelas terbayang di wajah pasangan Ustaz Zahazan Mohamed, 33, dan isterinya Mahfuzah Omar, 33, sewaktu menerima kehadiran kami di pejabat mereka yang terletak di Sri Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga kira-kira lapan tahun lalu ini nampak serasi terutama ketika memberikan pendapat dan menjawab pertanyaan. Masing-masing bebas mengutarakan luahan hati dan disokong di antara satu sama lain.
Ketika ditanya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka, Zahazan berkata, saling menghargai di antara satu sama lain dan tiada rahsia dalam diari kehidupan mereka sejak melayari bahtera yang diamanahkan tuhan ini. “Saya sentiasa menghormati isteri dalam setiap apa sahaja yang dilakukannya dan akan memaklumkan kepadanya apa yang saya buat untuk mengelakkan salah faham,” jelas pensyarah Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini mesra.
Selain itu Zahazan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa setiap hari kita akan menemui perkara baru dalam diri pasangan masing-masing. Hal itu adalah sesuatu yang baik kerana lebih mendekatkan diri dengan isteri di samping dapat mengenali pasangan dengan lebih rapat.
Katanya, dia percaya sekiranya kita dapat menerima kelebihan dan kekurangan pasangan, sesebuah rumah tangga itu akan lebih sempurna dan lebih bahagia. Perkara yang lebih penting adalah setiap pasangan itu harus tahu tujuan perkahwinan itu adalah untuk mencari ketenangan dan juga mendapatkan zuriat. Rumah tangga akan menjadi lebih tenang dan suami isteri akan lebih maklum tanggungjawab masing-masing dan tahu batas-batasnya.

Kepentingan Senyuman



Kepentingan senyuman ternyata besar dan mempengaruhi situasi dan antara peranannya :



  1. Senyuman sebagai sedekah dan paling utama tanda keikhlasan.

  2. Senyuman yang diberikan juga menggambarkan perasaan atau jiwa kita.

  3. Senyuman lambang kesihatan kerana mereka yang sihat jiwanya akan sentiasa tersenyum.

  4. Senyuman adalah hiasan semula jadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja.

  5. Senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita.

  6. Senyuman lambang kejayaan kerana orang yang banyak tersenyum adalah orang yang berjaya.

  7. Orang yang suka tersenyum adalah mereka yang dekat dengan Allah dan banyak bersyukur.

  8. Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah tersenyum.

  9. Senyuman yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang.

  10. Terapi terbaik untuk penawar sakit jiwa.

Cocos Keeling Island

Captain William Keeling was the first European to see the islands, in 1609, but they remained uninhabited until the nineteenth century, when they became a possession of the Clunies-Ross Family. Slaves were brought to work the coconut plantation from Indonesia, the Cape of Good Hope and East Asia by Alexander Hare who had taken part in Stamford Raffles' takeover of Java in 1811. A Scottish merchant seaman called Captain John Clunies-Ross, who had also served under Raffles in the takeover, set up a compound and Hare's severely mistreated slaves soon escaped to work under better conditions for Clunies-Ross.

On April 1, 1836, HMS Beagle under Captain Robert FitzRoy arrived to take soundings establishing the profile of the atoll. To the young naturalist Charles Darwin, who was on the ship, the results supported a theory he had developed of how atolls formed. He studied the natural history of the islands and collected specimens. His assistant Syms Covington noted that "an Englishman (he was of course Scottish)and HIS family, with about sixty or seventy Mulattos from the Cape of Good Hope, live on one of the islands. Captain Ross, the governor, is now absent at the Cape."

The islands were annexed to the British Empire in 1857. In 1867, their administration was placed under the Straits Settlements, which included Penang, Malacca and Singapore. Queen Victoria granted the islands in perpetuity to the Clunies-Ross family in 1886. The Cocos Islands under the Clunies-Ross family have been cited as an example of a nineteenth century micronation.

On November 9, 1914, the islands became the site of the Battle of Cocos, one of the first naval battles of World War I. The telegraph station on Direction Island, a vital link between the United Kingdom, Australia and New Zealand, was attacked by the German light cruiser SMS Emden, which was then in turn surprised and destroyed by the Australian cruiser, HMAS Sydney [1].
During World War II, the cable station was once again a vital link. Allied planners noted that the islands might be seized as a base for enemy German raider cruisers operating in the Indian Ocean. Following Japan's entry into the war, Japanese forces occupied neighbouring islands. To avoid drawing their attention to the Cocos cable station and its islands' garrison, the seaplane anchorage between Direction and Horsburgh Islands was not used. Radio transmitters were also kept silent, except in emergencies.

After the Fall of Singapore in 1942, the islands were administered from Ceylon (Sri Lanka), and West and Direction Islands were placed under Allied military administration. The islands' garrison initially consisted of a platoon from the British Army's King's African Rifles, located on Horsburgh Island, with 2 × 6 in (152 mm) guns to cover the anchorage. The local inhabitants all lived on Home Island. Despite the importance of the islands as a communication centre, the Japanese made no attempt either to raid or to occupy them and contented themselves with sending over a reconnaissance aircraft about once a month.

On the night of 8-9 May 1942, fifteen members of the garrison, from the Ceylon Defence Force mutinied, under the leadership of Gratien Fernando. The mutineers were said to have been provoked by the attitude of their British officers, and were also supposedly inspired by anti-imperialist beliefs. They attempted to take control of the gun battery on the islands.

The Cocos Islands Mutiny was crushed, although they killed one non-mutinous soldier and wounded one officer. Seven of the mutineers were sentenced to death at a trial which was later alleged to have been improperly conducted. Four of the sentences were commuted, but three men were executed, including Fernando. These were to be the only British Commonwealth soldiers to be executed for mutiny during the Second World War.

On December 25, 1942, the Japanese submarine I-166 bombarded the islands but caused no damage. Later in the war two airstrips were built and three bomber squadrons were moved to the islands to conduct raids against Japanese targets in South East Asia and to provide support during the reinvasion of Malaya and reconquest of Singapore. The first aircraft to arrive were Supermarine Spitfire Mk VIII's of No. 136 Squadron RAF. They included some Liberator bombers from No. 321 (Netherlands) Squadron RAF (members of exiled Dutch forces serving with the Royal Air Force), which were also stationed on the islands. When in July 1945, No. 99 and No. 356 RAF squadrons arrived on West Island they brought with them a daily newspaper called Atoll which contained news of what was happening in the outside world. Run by airmen in their off-duty hours, it achieved fame when dropped by Liberator bombers on POW camps over the heads of the Japanese guards. In 1946 the administration of the islands reverted to Singapore.

On November 23, 1955, the islands were transferred to Australian control under the Cocos (Keeling) Islands Act 1955. In the 1970s, the Australian government's dissatisfaction with the Clunies-Ross feudal style of rule of the island increased. In 1978, Australia forced the family to sell the islands for the sum of AU$6,250,000, using the threat of compulsory acquisition. By agreement the family retained ownership of Oceania House, their home on the island. However, in 1983 the Australian government moved to dishonour this agreement, and told the former last ruler, John Clunies-Ross, that he should leave the Cocos. The following year the High Court of Australia ruled that resumption of Oceania House was unlawful, but the Australian government ordered that no government business was to be granted to his shipping company, an action which contributed to his bankruptcy. John Clunies-Ross lives in exile in Perth, Australia, but his successors still live on the Cocos.

Kunak ku Tercinta



Kunak is a small town located in Tawau Division, east coast of Sabah. It was formerly a sub-district administered under the Lahad Datu District Office, but achieved its status as a full district on 1st June, 1981.
Its population was estimated at 48,571 in 2000. The population is mainly Bajau and Bugis.
There is also a sizeable Chinese population,involved in the running of most shops in the town. Many are also landowners who cultivate oil palms. There are also Chinese primary and secondary schools.
A resettlement scheme for Cocos Islanders is situated a few kilometres away, near Giram Oil Palm Estate (Golden Hope Berhad).
A jetty is situated about 5 km from the town, in an area named Pengkalan Kunak. A single road lined by wooden shophouses (possibly a squatter colony) leads to the jetty and wet market.
In 2002, a 76-bed government hospital was built in the town. At around the same time,a new highway linking Kunak to the town of Semporna was also opened.

..::Antara Dua Cinta::..

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikan lah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta mu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang ku bunuh

gembira bangat seh...


Aku mo cerita ni...
Ini la blog pertama yg aku buat. Itu pun dgn bantuan sorg hamba Allah (tu dia, sblh tepi kiri). Before blog ni siap, mcm2 la problem....iya la, aku kn budk baru blajr, klo ada yg x kena, kena2 la bsbr...
Mula2 tu, aku ndk blh sign in... berkali2 aku cuba...cuba dan terus mencuba... aku sampai mo giv up dh... tp perjuangan blm selesai lgik bh...aku tukar password... then, baru la blh. Rupanya problm aku, slh password, cian hamba Allah tu...
Lalu, aku berjaya create blog aku yg sedia ada skrg ni.....
Bh ok la, ndk byk jgk bh aku cerita, introduction jak utk blog aku ni...
Ini pun ndk siap lgik ni, jelek lgik....
Blm teror bh...huhuhuhu....