Kehidupan keluarga ini banyak dirakamkan melalui foto yang dirakamkan sendiri. Setiap detik atau momen indah diabadikan untuk tatapan bersama. Inilah pendekatan yang digunakan keluarga ini dalam melayari kehidupan seharian mereka. Kemesraan jelas terbayang di wajah pasangan Ustaz Zahazan Mohamed, 33, dan isterinya Mahfuzah Omar, 33, sewaktu menerima kehadiran kami di pejabat mereka yang terletak di Sri Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga kira-kira lapan tahun lalu ini nampak serasi terutama ketika memberikan pendapat dan menjawab pertanyaan. Masing-masing bebas mengutarakan luahan hati dan disokong di antara satu sama lain.
Ketika ditanya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka, Zahazan berkata, saling menghargai di antara satu sama lain dan tiada rahsia dalam diari kehidupan mereka sejak melayari bahtera yang diamanahkan tuhan ini. “Saya sentiasa menghormati isteri dalam setiap apa sahaja yang dilakukannya dan akan memaklumkan kepadanya apa yang saya buat untuk mengelakkan salah faham,” jelas pensyarah Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini mesra.
Selain itu Zahazan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa setiap hari kita akan menemui perkara baru dalam diri pasangan masing-masing. Hal itu adalah sesuatu yang baik kerana lebih mendekatkan diri dengan isteri di samping dapat mengenali pasangan dengan lebih rapat.
Katanya, dia percaya sekiranya kita dapat menerima kelebihan dan kekurangan pasangan, sesebuah rumah tangga itu akan lebih sempurna dan lebih bahagia. Perkara yang lebih penting adalah setiap pasangan itu harus tahu tujuan perkahwinan itu adalah untuk mencari ketenangan dan juga mendapatkan zuriat. Rumah tangga akan menjadi lebih tenang dan suami isteri akan lebih maklum tanggungjawab masing-masing dan tahu batas-batasnya.

No comments:
Post a Comment