Kepentingan senyuman ternyata besar dan mempengaruhi situasi dan antara peranannya :
- Senyuman sebagai sedekah dan paling utama tanda keikhlasan.
- Senyuman yang diberikan juga menggambarkan perasaan atau jiwa kita.
- Senyuman lambang kesihatan kerana mereka yang sihat jiwanya akan sentiasa tersenyum.
- Senyuman adalah hiasan semula jadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja.
- Senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita.
- Senyuman lambang kejayaan kerana orang yang banyak tersenyum adalah orang yang berjaya.
- Orang yang suka tersenyum adalah mereka yang dekat dengan Allah dan banyak bersyukur.
- Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah tersenyum.
- Senyuman yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang.
- Terapi terbaik untuk penawar sakit jiwa.
1 comment:
snyum slalu mcm cg...:)
Post a Comment